Sunday, 15 December 2013

Kuala Lumpur: Berdasarkan perwatakannya, dia layak dikategorikan lelaki lembut, namun kerakusannya melakukan jenayah penipuan amat menakutkan kerana menggunakan ilmu hitam untuk menipu mangsa hingga mengaut keuntungan lebih RM200,000.
Aktif menipu sejak 2008 lagi, mangsanya membabitkan artis dan ahli perniagaan yang diperdaya supaya memberi sejumlah wang kononnya sebagai pelaburan untuk menjalankan perniagaan.

 Dua mangsa terbaru lelaki berusia lewat 30-an itu ialah komposer yang juga pengasas kumpulan K-Pop Malaysia Max 24:7, Aesar Mustafa, 33, serta rakannya, Aaron Zairull Yaacob yang juga model dan pelakon.

Aaron atau nama sebenarnya Zairull Yaacob, 31, berkata, dia mengenali suspek sebagai peminatnya di laman sosial Facebook (FB) miliknya kira-kira enam bulan lalu.         
                 HANAFI memegang minyak lemak babi (kiri) yang digunakan sebagai penunduk.
 
“Selepas beberapa kali berhubung di FB saya berjumpanya dan memberitahu mahu melabur untuk membesarkan perniagaan butik pakaian saya di Setapak.


 

Saturday, 7 December 2013

Kuala Terengganu: Bekas penyerang berbisa Kelantan, Norfarhan Mohamad bersama dua lagi tonggak pasukan itu, Zairo Anuar Zailani dan Faiz Subri kini bakal menjadi nadi utama Terengganu dalam mengibar cabaran Liga-M musim depan.
Norfarhan yang dinobat penyerang terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 bersama dua rakannya dari pasukan The Red Warriors itu sudah mula menjalani latihan di bawah kendalian Abdul Rahman Ibrahim.

Dia yang digelar ‘Ben 10’ menimbulkan kontroversi selepas didakwa melanggar kontrak apabila menandatangani kontrak bersama Johor Darul Takzim (JDT) sebelum membuat ‘pusingan U’ untuk menyertai pasukan Terengganu.
Pemain kelahiran Wakaf Tapai, Marang itu berdepan tindakan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menerima aduan secara rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Sebelum ini, Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Norfarhan boleh beraksi dengan mana-mana pasukan tetapi persatuan yang mahukan pemain itu perlu membayar nilai yuran perpindahan dan kontrak untuk semusim berjumlah RM490,000.

Selain Norfarhan, Terengganu turut diperkuat dua lagi tonggak The Red Warriors iaitu pemain tengah, Zairo dan Mohd Faiz.
                                       NORFARHAN kibar cabaran bersama Terengganu.

Pasukan itu juga berjaya mendapatkan semula penjaga gawang yang beraksi bersama Selangor, Sarbinee Allawee Ramli, pertahanan T-Team, Mazlizam Mohamad, dua pemain PKNS Selangor, Ahmad Azlan Zainal dan Mohd Nor Hakim serta penyerang skuad Harimau Muda, Izzaq Faris Ramlan.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bakal menguji lima pemain import bagi mencari penyerang berkualiti untuk diserapkan ke dalam skuad Penyu.


Lima pemain berasal dari Perancis, Ghana dan Ivory Coast akan diuji dalam tempoh terdekat dalam latihan dan perlawanan persahabatan yang akan diatur.

Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong berkata, pasukan Terengganu hanya memiliki seorang pemain import pertahanan, Vincent Bikana selepas tidak melanjutkan kontrak penyerang dari Cameroon, Jean-Emmanuel Effa Owana.

“Buat masa ini, dua penyerang iaitu Marcio Souza de Silva dan Moussa Koita sudah menjalani latihan untuk sesi pemilihan. Kita sudah menguji beberapa penyerang import, tetapi semua yang datang tidak menepati ciri yang dikehendaki,” katanya.


Pemilik Lamborghini terbakar buat laporan
Seremban: Tiga pemilik kereta mewah jenis Lamborghini yang terbabit dalam kebakaran di Kilometer 260, Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, pagi kelmarin dan menghilangkan diri selepas kejadian, hadir membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, di sini, malam kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan berusia awal 30-an hadir membuat laporan jam 9 malam berhubung kejadian sebenar.

Menurutnya, pihaknya mengambil keterangan lanjut daripada tiga pengadu warga Singapura yang dalam perjalanan konvoi ke Kuala Lumpur.
“Berdasarkan keterangan, setibanya di lokasi, sebuah kereta hilang kawalan, terbabas dan melanggar pembahagi jalan, menyebabkan dua kereta yang mengikuti merempuh sama,” katanya.

                           
BlackBerry berusaha keras untuk memastikan produk telefon pintarnya terus relevan di kalangan pengguna dengan terbaru mereka menghasilkan telefon pintar ekslusif, Porsche Design P’9982.

Telefon pintar ini ditujukan khas untuk golongan eksekutif dengan rekaan khusus dan dijual dalam jumlah unit yang terhad.

 Porsche Design P’9982 edisi terhad ini datang dengan rekaan kulit buaya sebagai lapisan luar telefon. Meskipun dilabel sebagai edisi terhad, Porsche Design P’9982 ini memiliki spesifikasi yang sama dengan BlackBerry Z10 ataupun P’9982 edisi biasa.


Pihak BlackBerry belum mengumumkan harga untuk telefon pintar ini, namun sebagai bahan perbandingan, Porsche Design edisi biasa sudah memiliki harga yang tinggi sebesar AS$2,400 (RM7,680), jika untuk unit terhad ini pula dijangkakan harganya akan meningkat lebih tinggi lagi.

Friday, 6 December 2013

SABAK BERNAM – Gara-gara mencuri dua tandan pisang, seorang pekerja kampung dipenjara enam bulan dari tarikh tangkap selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Besar, semalam.

Tertuduh, Fahrul Mustain Alimi, 25, dalam rayuannya memohon supaya mahkamah mengurangkan hukuman memandangkan dia masih muda dan bertanggungjawab menyara ibu bapanya yang uzur di kampung.

“Kalau saya dikenakan hukuman berat, bagaimana dengan nasib ibu bapa saya di kampung?

"Sedangkan selama ini saya yang menjaga mereka dan berharap ada pertimbangan daripada mahkamah sebelum membuat keputusan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Izza Munira Mansor meminta mahkamah agar mengenakan hukuman yang sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Majistret Shah Wira Abdul Halim yang mendengar rayuan tertuduh dan pihak pendakwaan kemudiannya sempat menasihati tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan mencuri kerana ia bukan saja berdosa besar, malah menyusahkan orang lain.

“Sudah tahu mencuri itu dosa, kenapa kamu masih lakukan? Saya harap hukuman ini dapat beri pengajaran kepada kamu dan masyarakat di luar sana," katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kebun Jalan Hamim, Kampung Tebuk Jawa, Sungai Air Tawar pada kira-kira 12.35 tengah hari, 30 November lalu.

Tertuduh didakwa mencuri dengan niat dua tandan pisang milik Judi Mat Sari sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sekiranya tertuduh didapati melakukan kesalahan kali kedua, dia kemudiannya boleh dikenakan hukuman penjara dan denda atau sebat.

Nay Pyi Taw: Taruhan utama negara, Diana Bong untuk meraih emas pertama Malaysia di Sukan SEA Myanmar mencetuskan kebimbangan selepas atlet itu mengalami cirit-birit.
Juara wusyu dunia berusia 28 tahun itu dijadual turun beraksi pada pusingan akhir nanquan di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A hari ini.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya mengalami cirit-birit sehari selepas tiba (Rabu), selepas sarapan,” katanya.


Namun menurut Diana hanya dia seorang yang mengalaminya.

“Keadaan semakin baik sekarang. Saya tetap akan turun bertanding. “Saya yakin kekuatan mental akan mengatasi perkara lain dan perlu memanfaatkan peluang diberikan jurulatih untuk beraksi,” katanya.

Turut beraksi dalam acara sama, Tai Cheau Xuen yang juga juara Kejohanan Dunia di Kuala Lumpur bulan lalu dalam acara nanquan.
                                                                         Diana Bong 


Mereka akan dicabar tujuh peserta negara lain dengan atlet Indonesia, Ivana Ardelia Irmanto sebagai penghalang utama.

Namun kontinjen negara bukan saja boleh mengharapkan pingat emas dalam acara nanquan kerana beberapa peserta negara turut beraksi dalam acara akhir jianshu wanita dan changquan lelaki.

Thursday, 28 November 2013

Unik! Kilang Membuat Spark Plug Motor Di Cina (9 Foto) | Spark Plug atau dalam bahasa melayunya palam pencucuh merupakan salah satu komponen wajib yang perlu ada pada setiap kenderaan terutama pada motosikal dan kereta. Ia bertujuan untuk menghidupkan enjin bagi tujuan pembakaran. Di bawah ini kami kongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan proses pembuatan  spark plug motor yang dibuat di negara China. Sekali pandang dah macam kilang industri IKS pula kan. Jom layan gambar di bawah ini.








Powered by Blogger.

Translate

Kenapa?

Terhangat!